Setiap hari ada dikalangan kita yang mempunyi sesuatu yang ingin disampaikan ataupun perubahan yang ingin dibuat sama ada perubahan kepada masyarakat ataupun kepada organisasi dan selalunya perubahan yang kita inginkan akan disusuli dengan keazaman dan matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Bagi menjayakan iltizam ini kita memerlukan sokongan dari masyarakat ataupun komuniti dimana kita berada dan sokongan ini adalah amat penting bagi membantu kita mencapai tujuan dan perubahan yang dikehendaki.
Hari ini dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti internet, kita membawa perubahan yang kita inginkan ke satu tahap capaian yang lebih maksimum dengan menarik perhatian populasi yang lebih luas dan seterusnya kita akan mendapat sokongan yang lebih banyak dari segmen geografi yang meluas. Tindakan untuk terlibat didalam aktiviti jangka pendek yang mendukong aspirasi perubahan jangka panjang ini dinamakan ‘advocacy’ ataupun ‘anjakan perubahan’
Anjakan perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan terhadap polisi, kedudukan ataupun program sesuatu institusi, organisasi mahupun individu bagi merubah sesuatu kearah kelainan. Anjakan perubahan secara maya pula memberikan tafsiran yang mungkin agak berbeza diantara satu organisasi dengan organisasi yang lain bergantung kepada visi, misi, personel dan skop kerja didalam organisasi.

No comments:
Post a Comment